Followers

Monday, November 19, 2012

pra -IPTIM :KEMBARA KHAT DI YAYASAN RESTU DAN JALAN2 DI TAMAN MELAWATI

SEBAGAIMANA yang diperkatakan sebelum ini,aku sudah banyak mengadakan bengkel atau kelas khat,namun melatih perserta untuk pertandingan khat dalam jangka masa yang singkat satu pengalaman baru,apatah lagi sebelum ini CFS tidak dapat nombor di dalam amal islami 2 tahun lepas dalam seni khat,dan harapan yang digalas dibahuku tinggi juga.

NAMUN,apabila melihatkan Ain sudah berpengalaman menyertai pertandingan yang sama 2 tahun sudah semasa beliau di DTQ,dan mendapat naib johan,sudah tentu aku mensasarkan agar beliau dapat merangkul juara kategori sister/muslima,sementelah pula dengan graduasinya juara tahun itu alkhattatah Intan atau Pencinta Seni di fb,orang Sarawak yang memang kukenali dan pernah bertemu di kelas Ustaz Baki(beliau kalau dalam Malaysia mungkin nombor 2 selepas Hawa yayasan Restu jika ranking wanita sahaja).

Bagaimana pula dengan Amirul? Melihatkan tulisannya semasa sessi saringan,perjalanan untuk top 3 nampaknya masih jauh,ditambah dengan masa yang suntuk,adakah beliau akan improve cepat?Adakah aku tersalah pilih orang?Ya,aku lebihkan risaukan Amirul kerana Ain sudah ada pengalaman dan rasanya tiada saingan sengit di dlm kategorinya.Namun bagi pihak lelaki,sukar di jangka...

Untuk memudahkan kerja,aku melatih mereka khat thuluth(wajib) dan khat nasakh...aku betul2 exam oriented...lantas aku memutuskan :

1- berlatih sebelah pagi sahaja sekitar 4 jam,petang biar mereka berlatih sendiri,dan malam tgk cara khattat menulis di Youtube bagi naskh dan thuluth sahaja.
2-latihan diberi setiap hari utk menjimatkan masa dam mereka akan tunjuk hasil kerja esok dan saya akan tashih mana yang penting.
3-berlatih thuluth adi sahaja.yang penting kaedah...
4-buat tegak sahaja x perlu bulatan atau serong kerana masa tidak mencukupi
5-semasa pertandingan,buat khat dahulu sebelum hiasan kerana itu lebih pentng
6-bagi soalan trial macam pertandingan ,namun ayat yang dipilih pendek-pendek sahaja.
7-untuk lebih menambah aura,aku sarankan untuk bawa mereka berjumpa khattat yang lebih pakar supaya mereka dapat tips dan rahsia huruf yang lain.Mulanya aku telefon Ust Baki..

"Ni Arkurni ke?"
-saya
"Syeikh,ana kat Brunei ni,tgh ajar khat!!"

PULAK!!ROSAK PROGRAM ANALAH...

lantas,pada keseokan harinya kami dengan Wishku meluncur laju ke yayasan Restu untuk jumpa Ust Fadhil...dia kalau kira nombor 2 lepas ust Baki..
kami terus ke bilik rekacipta..
"Ust Fadhil?"
"Eh,dia dah berhenti dah!!!sekarang free lance khattat!"


PULAK!!

"Ust Zulfikri?"
"Owh,dia terpaksa balik,orang rumah x sihat (Hawa)"

Bertanyakan antara pakar khat,,,

Amirul dan Ain merenung dan menaakul kaedah rasanya

Tulisanku saja-saja


Amirul dengan naskhnya yang ditiru dengan baik

Perjuangan
Sudah!!!Alhmdulillah,ada lagi seorang khattat yang memang ku kenali,juga staff di situ yang sudi memberi tips dan demo,Pada mulanya beliau kekok,namun aku memulakan pertanyaan dan memintanya menulis beberapa huruf.Ain dan Amirul tidak datang dengan tangan kosong,bahkan aku sudah arahkan mereka untuk tulis dahulu dan tunjuk hasil kerja mereka.

Selepas hampir sejam,kami meminta diri dan merasakan tips2 yang beliau berikan amat berguna,.Aku terus membeli beberapa peralatan khat di Kiosk Yayasan Restu,dan sebetulnya aku mahu hantar mereka pulang ke PJ,namun Ain kata'ust ,,jomlah ke Taman Malawati,ust kata ada jual art glossy kat sana,nanti ust hantar kita orang kat LRT aje"

Oklah,kataku,,,

Wishku membelah angin tengahari menuju ke destinasi.Di sana ada 3 kedai Art,setelah survey satu persatu di balik hujan yang mulai menerjah rerambutku,kami JUMPA apa yang dicari!!Alhamdulillah!!Aku tidak kisah ,dan aku rasa cara ini akan merapatkan ukhuwah diantara peserta dan trainer.

Dalam seminggu lebih,bagaimana prestasi Ain,

indeed,memang beliau cuma perlukan sedikit sentuhan namun improvement beliau sekadar 10-20% sahaja, ada kadang 2 tertinggal huruf namun masih better dari Amirul,dan peningkatn itu bagiku sudah cukup untuk bergelar juara..Aku katakan pada Bro Izdhihar dan Ust Sharif " ni bakal juara"

Amirul??

Aku risaukannya,adakah sekurang2nya  beliau dapat top 3 aku sudah bersyukur,tetapi bagaimana?
Satu KEAJAIBAN berlaku dalam masa seminggu...
Amirul menunjukkan prestasi yang luar biasa..peningkatan 30-40% dari tulisannya yang asal,,ia bermula apabila beliau dapat meniru dengan baik beberapa tulisan di dalam buku khat..

Aku katakan padanya:"Wah,kamu ni bab tiru pakar ni!!"
Hari demi hari,ada sahaja improvement dari segi huruf bermula dengan alif,lam,kalimah Allah,wau ,tarkib,,dan naskh beliau juga meningkat..bahkan sehingga hari terakhir training,aku lihat tulisannya lebih baik dari Ain..

Aku yakin,beliau akan dapat top 3..entah2 no 1 kalau tiada peserta yang lebih baik darinya...aku berikan segala rencah,rasa khat yang terdaya...

Bagaimana dengan PERTANDINGAN dan PASCA PERTANDINGAN..nantikan analisis saya.
 
 

Friday, November 02, 2012

TRAINER UNTUK KHAT IPTIM

SELEPAS 10 tahun bekerja,barulah saya dilantik sebagai trainer khat IPTIM,yang di adakan 2 tahun sekali,kali ini di KIAS.Setelah sesi saringan,dapat 2 orang Kedah,Amirul dan Ain,Latihan intensif sedang dijalankan selama seminggu lebih.Tumpuan kepada khat thuluth dan naskh





Amirul..

khat thuluthku

khusyuk...

berlatih dengan penuh tumpuan

Sunday, October 21, 2012

LATIHAN THULUTH DAN NASKH

sebelum itu, ini SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:



JADI...TRAINING UNTUK DUA KHAT SAHAJA IAITU THULUTH DAN NASKH




AYAT ALQURAN UNTUK THULUTH:
فَٱللَّهُ خَيْرٌ‌ حَـٰفِظًا ۖ وَهُوَ أَرْ‌حَمُ ٱلرَّ‌ٰ‌حِمِينَ  
يوسف:64




UNTUK NASKH PULA:

 الجَنَّة تحت أقدام الأمهات
(AL JANNATU TAHTA AQDAMIL UMMAHATI)

رب سكوت أبلغ من الكلام 
( RUBBA SUKUUTIN ABLAGHU MINAL KALAMI)

PERHATIAN
1- GUNA KERTAS GLOSSY ART KALAU BOLEH BERSAIZ A3 )
2-THULUTH DAN NASKH KERTAS YANG BERLAINAN
3-THULUTH MATA 3.0 ,BARIS DAN BUNGA MATA 2.0 (BOLEH GUNA BATANG RESAM KALAU ADA)
4-UNTUK THULUTH..TULIS DUA KALI DENGAN BENTUK PALING KREATIF DALAM SATU KERTAS.(BULAT,BERTINDIH,DLL)CUBA RUJUK BUKU ATAU GOOGLE IMAGE
5-LAKAR DAHULU..DAN PERHATIKAN DAHULU KAEDAH ..BOLEH LIHAT BUKU DAN TIRU KAEDAH.PERHATIKAN KHASNYA KALIMAH "aLLAH" DALAM THULUTH.
6-UNTUK NASKH,TULIS HADIS DAN KATA HUKAMAK DI ATAS SEKALI SAHAJA DALAM SATU KERTAS.BOLEH BUAT BENTUK MELENGKUNG .
7-JANGAN TANDANTANGAN PADA SETIAP KHAT
8-TIDAK PERLU TULIS BASMALAH
9-TUMPUKAN PADA KAEDAH DULU..MUNGKIN BOLEH BUAT LATIHAN DI KERTAS LAIN..SELEPAS ITU,BARU BUAT CORAK YANG PALING KREATIF
10-KEBERSIHAN KERTAS PERLU DIJAGA.
11-NANTI JUMPA SELEPAS ANTUMA CUTI SEMINGGU BAWA KARYA YG TELAH DITULIS UNTUK DIANALISIS.


SELAMAT MENCUBA 


LIHAT PERKARA YG PERLU DIBAIKI

SALAM///


Dalam keterbatasan masa ,antara cara terbaik ialah lihat di mana kaedah -kaedah yang perlu diperbaiki..

Amirul dan Ain,antuma boleh lihat gambar ini


NUR AIN

AMIRUL

Sunday, July 24, 2011

KEMBARA KHAT DI YAYASAN RESTU

Setelah penyertaanku tahun lepas di YAYASAN RESTU dalam khat naskh,KALI ini aku mencuba pula untuk thuluth...Walaupun aku punya sedikit kepandaian dalam riqaah,ia tidak dipertandingkan.pernah juga masuk thuluth,di Melaka ,juga tidak menang.Perjalanan masih jauh.masih Jauh..dahulu,aku kerap berlatih sehari 2-3 jam,tapi sekarang mujurlah ada kelas khat ust baki ,dapatlah berthuluth.

17hb...hari ditunggu..Aku lebih bersedia berbanding tahun lepas.kali ini,aku pergi dengan anak murid kelas Arab,Syaffat atau Pa'at.Kami bertolak meluncur laju membelah kedinginan pagi 7.30 dengan Wishku.mengapa aku mahu masuk?banyak sebab.Antaranya nak tahu sejauh mana kekuatan thuluth,ambil aura khat pabila berjumpa khattat lain di YR,wakil kelas khat ust Baki(alang2 dah belajar formal,masuklah)..

Selepas makan,pukul 9 lebih,pertandingan bermula.Masa diberi 4 jam.Dan ayat sudah diketahui awal.Semasa pertandingan,kawanku Qamar menegur tentang dakwat parker yang tak sesuai kerana x nampak hitam.Namun,aku meneruskan juga.Kemudian,masuk seorang arab,dia round tengok-tengok,bila dia lihat dakwatku,dia berkata:

"هذا الحبر صعب يا أخي" -نعم،الحبر الباهت "لما تستخدم هذا الحبر؟ -أريد أن ينظر الحكام إلى حركات الحبر! "لكن هذا صعب للتحكيم -نفوض أمرنا إلى الله
lepas tu dia beredar.namun,aku tetap dengan parkerku..(Ternyata mereka betul..ust baki beri komen masa kelas lepas lihat khatku:tau tak apa yang paling jelas?aku kata: dakwat! ..ya-macam tak mau menang ja!)
Dan aku sudah mengagak aku takkan menang walaupun saguhati. Namun,di sini mungkin ada sedikit analisis tentang foto2 yang sempat diambil dibawah:


Dapat saguhati.di sini aku masih tertanya2.bukankah thuluth jali mesti bertindih selain tulisan besar?Persoalan masih belum terjawab
KARYA ATAS adalah pemenang nombor 1.ust Ilham yang berguru dengan tok guru ku juga masa di maahad Muhammadi dulu,Nik Man.beliau semakin meningkat dalam thuluth,dan lihat jalinya,memenuhi ruang,besar dan kemas.
KALAU TADI ORE QLATE,ni satu lagi bakat muda dari KEDAH,Atha,baru berusia 19 tahun,tapi masya Allah,power daa..no 3.sebab utama:salah letak wau
Atas pula karya saguhati Ust Zamri.orang Johor,namun datang ambil STU di MAAHAD MUHAMMADI,antara khattat Johor yang mantap.
Karya di atas jg saguhati milik ust Syed Ubaidillah dari Terangganu.Dia terlewat datang.terus buat..orang lama tu
Saje ambil view tengah yayasan restu yang menarik..
Ini karya kedua..memang mantop.masa dia tulis mula-mula pun dah tau dia ni konfem menang!
Ini karya Ummul Quran oleh Lentera senja.hiasan dibuat di rumah..Bila saya tanya,berapa lama buat? Dia kata:Nok sebulang wak!Lihat coraknya yang banyak,besar dan bervariasi.
kalau tadi no1.yang ni no 3 oleh sifu Nik Man Zaki,dari segi kaedah,rasanya dia no 1,tapi coraknya sedikit sahaja.Dapat rm 1000!
Ini karya Firdaus mahadi (juga jurufoto maher Zain) dibuat dalam....sehari!!Unbelieveable!Bila ditanya buat macam mana corak.dia jawb:Rahsia!!
Di atas no 2.penulisnya berpurdah dari yayasan restu.Seorang lagi khattatah berbakat!
haha..Iniah karyaku dengan dakwat Parker yang menyebabkan ditolak awal-awal lagi!tu ler x dengar nasihat orang!
idea macam dah ok, tapi bila dawatnya tak kena.memang x naik!
Satu lagi,perlu memenuhi ruang,,masih banyak ruang yang kosong
karya FM..TAPI DAPAT SAGUHATI..
MENGAPA?SEBAB ada yng guna media yang lebih kreatif
Ini pun dah mantap.tapi kreativiti media ada yang lebih!
ok..tapi kaedah macam ada slack sikit..
Ini dapat nombor 3..lihat bagaiman beliau bermain dengan warna selain kaedah..
kreatif...
yang ni diwani jali dgn naskh masih ada ruang yang perlu diperbaiki..
karya tadi..tempat ke 3

ini pun dah mantop!!x menang.jugak..kalau jual!!

juga karya yang belum menang!!x pe.jual aje

YAP!!INILAH MASTERPICE TERHEBAT SYED UBAIDILLAH yang dapat tempat pertama!


juga karya yang mantap..