Followers

Sunday, July 24, 2011

KEMBARA KHAT DI YAYASAN RESTU

Setelah penyertaanku tahun lepas di YAYASAN RESTU dalam khat naskh,KALI ini aku mencuba pula untuk thuluth...Walaupun aku punya sedikit kepandaian dalam riqaah,ia tidak dipertandingkan.pernah juga masuk thuluth,di Melaka ,juga tidak menang.Perjalanan masih jauh.masih Jauh..dahulu,aku kerap berlatih sehari 2-3 jam,tapi sekarang mujurlah ada kelas khat ust baki ,dapatlah berthuluth.

17hb...hari ditunggu..Aku lebih bersedia berbanding tahun lepas.kali ini,aku pergi dengan anak murid kelas Arab,Syaffat atau Pa'at.Kami bertolak meluncur laju membelah kedinginan pagi 7.30 dengan Wishku.mengapa aku mahu masuk?banyak sebab.Antaranya nak tahu sejauh mana kekuatan thuluth,ambil aura khat pabila berjumpa khattat lain di YR,wakil kelas khat ust Baki(alang2 dah belajar formal,masuklah)..

Selepas makan,pukul 9 lebih,pertandingan bermula.Masa diberi 4 jam.Dan ayat sudah diketahui awal.Semasa pertandingan,kawanku Qamar menegur tentang dakwat parker yang tak sesuai kerana x nampak hitam.Namun,aku meneruskan juga.Kemudian,masuk seorang arab,dia round tengok-tengok,bila dia lihat dakwatku,dia berkata:

"هذا الحبر صعب يا أخي" -نعم،الحبر الباهت "لما تستخدم هذا الحبر؟ -أريد أن ينظر الحكام إلى حركات الحبر! "لكن هذا صعب للتحكيم -نفوض أمرنا إلى الله
lepas tu dia beredar.namun,aku tetap dengan parkerku..(Ternyata mereka betul..ust baki beri komen masa kelas lepas lihat khatku:tau tak apa yang paling jelas?aku kata: dakwat! ..ya-macam tak mau menang ja!)
Dan aku sudah mengagak aku takkan menang walaupun saguhati. Namun,di sini mungkin ada sedikit analisis tentang foto2 yang sempat diambil dibawah:


Dapat saguhati.di sini aku masih tertanya2.bukankah thuluth jali mesti bertindih selain tulisan besar?Persoalan masih belum terjawab
KARYA ATAS adalah pemenang nombor 1.ust Ilham yang berguru dengan tok guru ku juga masa di maahad Muhammadi dulu,Nik Man.beliau semakin meningkat dalam thuluth,dan lihat jalinya,memenuhi ruang,besar dan kemas.
KALAU TADI ORE QLATE,ni satu lagi bakat muda dari KEDAH,Atha,baru berusia 19 tahun,tapi masya Allah,power daa..no 3.sebab utama:salah letak wau
Atas pula karya saguhati Ust Zamri.orang Johor,namun datang ambil STU di MAAHAD MUHAMMADI,antara khattat Johor yang mantap.
Karya di atas jg saguhati milik ust Syed Ubaidillah dari Terangganu.Dia terlewat datang.terus buat..orang lama tu
Saje ambil view tengah yayasan restu yang menarik..
Ini karya kedua..memang mantop.masa dia tulis mula-mula pun dah tau dia ni konfem menang!
Ini karya Ummul Quran oleh Lentera senja.hiasan dibuat di rumah..Bila saya tanya,berapa lama buat? Dia kata:Nok sebulang wak!Lihat coraknya yang banyak,besar dan bervariasi.
kalau tadi no1.yang ni no 3 oleh sifu Nik Man Zaki,dari segi kaedah,rasanya dia no 1,tapi coraknya sedikit sahaja.Dapat rm 1000!
Ini karya Firdaus mahadi (juga jurufoto maher Zain) dibuat dalam....sehari!!Unbelieveable!Bila ditanya buat macam mana corak.dia jawb:Rahsia!!
Di atas no 2.penulisnya berpurdah dari yayasan restu.Seorang lagi khattatah berbakat!
haha..Iniah karyaku dengan dakwat Parker yang menyebabkan ditolak awal-awal lagi!tu ler x dengar nasihat orang!
idea macam dah ok, tapi bila dawatnya tak kena.memang x naik!
Satu lagi,perlu memenuhi ruang,,masih banyak ruang yang kosong
karya FM..TAPI DAPAT SAGUHATI..
MENGAPA?SEBAB ada yng guna media yang lebih kreatif
Ini pun dah mantap.tapi kreativiti media ada yang lebih!
ok..tapi kaedah macam ada slack sikit..
Ini dapat nombor 3..lihat bagaiman beliau bermain dengan warna selain kaedah..
kreatif...
yang ni diwani jali dgn naskh masih ada ruang yang perlu diperbaiki..
karya tadi..tempat ke 3

ini pun dah mantop!!x menang.jugak..kalau jual!!

juga karya yang belum menang!!x pe.jual aje

YAP!!INILAH MASTERPICE TERHEBAT SYED UBAIDILLAH yang dapat tempat pertama!


juga karya yang mantap..

No comments: