Followers

Monday, November 19, 2012

pra -IPTIM :KEMBARA KHAT DI YAYASAN RESTU DAN JALAN2 DI TAMAN MELAWATI

SEBAGAIMANA yang diperkatakan sebelum ini,aku sudah banyak mengadakan bengkel atau kelas khat,namun melatih perserta untuk pertandingan khat dalam jangka masa yang singkat satu pengalaman baru,apatah lagi sebelum ini CFS tidak dapat nombor di dalam amal islami 2 tahun lepas dalam seni khat,dan harapan yang digalas dibahuku tinggi juga.

NAMUN,apabila melihatkan Ain sudah berpengalaman menyertai pertandingan yang sama 2 tahun sudah semasa beliau di DTQ,dan mendapat naib johan,sudah tentu aku mensasarkan agar beliau dapat merangkul juara kategori sister/muslima,sementelah pula dengan graduasinya juara tahun itu alkhattatah Intan atau Pencinta Seni di fb,orang Sarawak yang memang kukenali dan pernah bertemu di kelas Ustaz Baki(beliau kalau dalam Malaysia mungkin nombor 2 selepas Hawa yayasan Restu jika ranking wanita sahaja).

Bagaimana pula dengan Amirul? Melihatkan tulisannya semasa sessi saringan,perjalanan untuk top 3 nampaknya masih jauh,ditambah dengan masa yang suntuk,adakah beliau akan improve cepat?Adakah aku tersalah pilih orang?Ya,aku lebihkan risaukan Amirul kerana Ain sudah ada pengalaman dan rasanya tiada saingan sengit di dlm kategorinya.Namun bagi pihak lelaki,sukar di jangka...

Untuk memudahkan kerja,aku melatih mereka khat thuluth(wajib) dan khat nasakh...aku betul2 exam oriented...lantas aku memutuskan :

1- berlatih sebelah pagi sahaja sekitar 4 jam,petang biar mereka berlatih sendiri,dan malam tgk cara khattat menulis di Youtube bagi naskh dan thuluth sahaja.
2-latihan diberi setiap hari utk menjimatkan masa dam mereka akan tunjuk hasil kerja esok dan saya akan tashih mana yang penting.
3-berlatih thuluth adi sahaja.yang penting kaedah...
4-buat tegak sahaja x perlu bulatan atau serong kerana masa tidak mencukupi
5-semasa pertandingan,buat khat dahulu sebelum hiasan kerana itu lebih pentng
6-bagi soalan trial macam pertandingan ,namun ayat yang dipilih pendek-pendek sahaja.
7-untuk lebih menambah aura,aku sarankan untuk bawa mereka berjumpa khattat yang lebih pakar supaya mereka dapat tips dan rahsia huruf yang lain.Mulanya aku telefon Ust Baki..

"Ni Arkurni ke?"
-saya
"Syeikh,ana kat Brunei ni,tgh ajar khat!!"

PULAK!!ROSAK PROGRAM ANALAH...

lantas,pada keseokan harinya kami dengan Wishku meluncur laju ke yayasan Restu untuk jumpa Ust Fadhil...dia kalau kira nombor 2 lepas ust Baki..
kami terus ke bilik rekacipta..
"Ust Fadhil?"
"Eh,dia dah berhenti dah!!!sekarang free lance khattat!"


PULAK!!

"Ust Zulfikri?"
"Owh,dia terpaksa balik,orang rumah x sihat (Hawa)"

Bertanyakan antara pakar khat,,,

Amirul dan Ain merenung dan menaakul kaedah rasanya

Tulisanku saja-saja


Amirul dengan naskhnya yang ditiru dengan baik

Perjuangan
Sudah!!!Alhmdulillah,ada lagi seorang khattat yang memang ku kenali,juga staff di situ yang sudi memberi tips dan demo,Pada mulanya beliau kekok,namun aku memulakan pertanyaan dan memintanya menulis beberapa huruf.Ain dan Amirul tidak datang dengan tangan kosong,bahkan aku sudah arahkan mereka untuk tulis dahulu dan tunjuk hasil kerja mereka.

Selepas hampir sejam,kami meminta diri dan merasakan tips2 yang beliau berikan amat berguna,.Aku terus membeli beberapa peralatan khat di Kiosk Yayasan Restu,dan sebetulnya aku mahu hantar mereka pulang ke PJ,namun Ain kata'ust ,,jomlah ke Taman Malawati,ust kata ada jual art glossy kat sana,nanti ust hantar kita orang kat LRT aje"

Oklah,kataku,,,

Wishku membelah angin tengahari menuju ke destinasi.Di sana ada 3 kedai Art,setelah survey satu persatu di balik hujan yang mulai menerjah rerambutku,kami JUMPA apa yang dicari!!Alhamdulillah!!Aku tidak kisah ,dan aku rasa cara ini akan merapatkan ukhuwah diantara peserta dan trainer.

Dalam seminggu lebih,bagaimana prestasi Ain,

indeed,memang beliau cuma perlukan sedikit sentuhan namun improvement beliau sekadar 10-20% sahaja, ada kadang 2 tertinggal huruf namun masih better dari Amirul,dan peningkatn itu bagiku sudah cukup untuk bergelar juara..Aku katakan pada Bro Izdhihar dan Ust Sharif " ni bakal juara"

Amirul??

Aku risaukannya,adakah sekurang2nya  beliau dapat top 3 aku sudah bersyukur,tetapi bagaimana?
Satu KEAJAIBAN berlaku dalam masa seminggu...
Amirul menunjukkan prestasi yang luar biasa..peningkatan 30-40% dari tulisannya yang asal,,ia bermula apabila beliau dapat meniru dengan baik beberapa tulisan di dalam buku khat..

Aku katakan padanya:"Wah,kamu ni bab tiru pakar ni!!"
Hari demi hari,ada sahaja improvement dari segi huruf bermula dengan alif,lam,kalimah Allah,wau ,tarkib,,dan naskh beliau juga meningkat..bahkan sehingga hari terakhir training,aku lihat tulisannya lebih baik dari Ain..

Aku yakin,beliau akan dapat top 3..entah2 no 1 kalau tiada peserta yang lebih baik darinya...aku berikan segala rencah,rasa khat yang terdaya...

Bagaimana dengan PERTANDINGAN dan PASCA PERTANDINGAN..nantikan analisis saya.
 
 

No comments: